Wednesday, 27 January 2016

E-Agriculture

E-AGRICULTURE is designed to prepare student with current and updated work related skills and technologies in agriculture with use of information and communication technology(ICT).Contant provides student to acquire basic foundational knowledge in ICT components and interface ,computer literacy and networking.This coure also provides student the opportunity to evaluate and install ICT peripheral device for agricultural purposes



Tuesday, 26 January 2016

Pemprosesan Hasil Getah

Lateks atau susugetah segar yang dikumpulkandari kebun -kebun getah melalui proses penorehan seterusnya akandibawa kekilang pemprosesan . Pemprosesan terdapat dalam berbagai-bagai bentuk tetapi yang akan dibahaskan secara umum adalah pemprosesan getah keping dan getah secara umum adalah pemprosesan getah keping dan getah krep(Getah kering).

A.Peralatan yang diperlukan 

Beberapa peralatan yang digunakan dikilang-kilang pemprosesan hasil getah adalah seperti berikut :


  • Mesin Penggelek


  • Tangki Penggumpalan


  • Ruangan Pengeringan


  • Ruang Pengasapan


Monday, 25 January 2016

Serangan Perosak

Beberapa jenis haiwan dan hama yang menjadi perosak utama tanaman getah dari peringkat penyediaan anak pokok,penanaman sehingga pengeluaran lateks adalah seperti berikut:-


A.Serangan perosak pada peringkat penyediaan anak pokok

Beberapa jenis haiwan perosak dan hama yang sering menyerang poko getah adalh seperti berikut:


  • Tikus
Tikus (Rattussp.) merupakan haiwan yang sering menyerang tanaman getah terutama [ada peringkat percambahan biji benih dan penyemaian . Tikus gemar memakan biji-biji benih getah yang sedang bercambah dan akan memakan daun daun anak getah semasa peringkat penyemaian.


  • Belalang
belalang merupakan serangga perosak yang sering menyerang tanama getah terutama pada peringkat penyemaian.Belalang ini akan bertindak memakan daun -daun anak pokok getah yang masih muda .Serangga ini bersifat sangat rakus dan akan memakan kesemua daun,termasuk daun tua bahkan tangkainya juga.



  • Siput
Siput (achatina fulica) merupakan serangga perosak yang gemar memakan daun tanaman getah dikawasan penyediaan anak pokok .gejala serangga dapat dikenalpasti apabila terdapat banyak daun yang terkoyak .lazimnya,perkebun dapat mengenal pasti lokasi tempat persembunyian siput melalui sisa- sisa daun yang berwarna keperakan dan berkilat.




  • Larva Kumbang
Kumbang yang menyerang tanaman getah adalah pada peringkat larva.berikut merupakan larva yang sering menyerang tanaman getah seperti spesies kumbang Helotrichia serrata,Helotrichia fessa,Anomala varians,Leucopholis sp.,Exopholis sp.,dan Lepidiota sp. Larva ini terbentuk melingkar seperti huruf 'C' dan berwarna putih sehingga kuning pucat. ia bertindak ganas dan boleh menyebabkan kerugian besar kepada para pekebun jika tidak dikendalikan dengan baik.Larva ini kerap memakan bahagian pokok getah yang berada di dalam tanah seperti akar anak pokok getah yang masih muda.

 

Sumber:Buku Panduan Lengkap Tanaman Getah(M/s 132,Bab 8)


Penyakit Akar Merah ,Putih dan Perang Kepada Tanaman



Assalamualaikum disini kami sertakan video berkaitan dengan penyakit tanaman getah iaitu Penyakit Akar Merah,Akar Putih dan Akar Perang ....^_^


 


Sumber:https://www.youtube.com/watch?v=7vUNf3x_WDU

Sunday, 24 January 2016

JENIS-JENIS PENYAKIT TANAMAN GETAH

PENYAKIT.
JENIS-JENIS PENYAKIT.
Secara umumnya, terdapat 11 jenis penyakit yang menyerang pokok getah tetapi di sini hanya 3 jenis penyakit sahaja yang dapat saya nyatakan.  Antaranya ialah:
1.  Penyakit Akar
2.  Penyakit Cendawan Lapuk
3.  Penyakit Batang


1.  PENYAKIT AKAR
                   Penyakit akar merupakan penyakit berbahaya yang menyerang pokok getah dawasa.  Penyakit akar disebabkan oleh kulat yang pada mulanya menyerang kulit akar, kemudian menembusi kayu dan akhirnya akar pokok getah nenjadi lapuk dan mati.
Spora kulat akan diterbangkan oleh angin dan hinggap di mana-mana bahagian kayu pokokgetah yang terdedah akibat luka atau cedera.  Selain itu, penyakit akar boleh disebabkan oleh pertemuan akar, iaitu akar sihat bertemu dengan akar yang berpenyakit.
Terdapat enam jenis penyakit akar yang menyerang pokok getah, iaitu penyakit akar putih, penyakit akar merah dan penyakit akar perang yang boleh diklasifikasi kepada jenis yang besar.  Nama - nama penyakit akar ini berdasarkan kepada warna kulitnya.  Tiga jenis lagi penyakit akar ialah penyakit akar lapuk Ustulina, penyakit akar lapuk Poria dan penyakit akar lapuk Busuk.

i. Penyakit Akar Putih


Nama kulat yang menyerang penyakit akar putih ialah '' Rigidoporous Lignosus''.  Penyakit akar putih dianggap paling berbahaya kerana boleh merebak dengan cepat.  Kulatnya berwarna putih seolah-olah seperti benag membalut akar.  Bentuk kulat Rigidoporos Lignosus bulat dan gemuk pada bahagian pangkal dan pipih tajam pada bahagian hujung dan lama kelamaan warnanya berubah menjadi jingga pucat.
Ibu kulat Rigidoporous Lignosus berwarna jingga pada bahagian atas dan pada bahagian bawah berwarna kemerah-merahan.  Ibu kulat biasanya terdapat pada tunggul pokok yang mati dan selalu menyerang pokok getah muda.

ii.  Penyakit akar merah


Kulat yang menyerang penyakit akar merah ialah "Ganoderma Pseudoferrum".  Kulat ini berwarna merah yang bertompok-tompok pada akar.  Penyakit ini menyerang dengan melekatkan tanah pada akar.  Ibu kulat penyakit akar merah berwarna merah tua pada sebelah atas dan kelabu asap pada sebelah bawah.  Kulat ini biasanya terdapat pada tunggul pokok yang sudah mati akibat serangan tersebut. 

iii. Penyakit Akar Perang


Kulat yang menyerang penyakit akar perang ialah "Phellinus Noxius". Keadaan kulat penyakit akar perang hampir sama dengan penyakit akar merah tetapi warna kulatnya perang.  Keadaan akar yang diserang itu bergerutu apabila dibelah dua dan jalur-jalur hitam dapat dilihat pada permukaannya.
Ibu kulat ini juga terdapat pada tunggul pokok yang mati.   Pada bahagian atas tunggul berwarna perang tua dan pada bahagian bawah berwarna kelabu.

iv. Penyakit Akar Yang Lain 
Selain penyakit akar yang besar, terdapat tiga jenis penyakit akar yang kecil.  Penyakit akar lapuk Ustulina disebabkan oleh kulat "Ustulina Deusta".  Penyakit akar lapuk Ustulina boleh dirawat dengan mencantas mana-mana bahagian akar yang ditembusi kulat dan bekasnya disapu tar.  Penyakit akar lapuk Poria disebabkan "Poria Hyperbrunnea".  Cara merawat penyakit akar lapuk Poria sama dengan penyakit akar lapuk Ustulina.
Bagi penyakit akar lapuk Busuk pula disebabkan oleh kulat "Sphaerostilbe Repens".  Penyakit ini boleh dirawat dengan mencabut dan membuang pokok yang dijangkiti bersama- sama dengan akar.  Sistem saliran di ladang perlu juga dibaiki bagi mengawal penyakit-penyakit akar.

2.  PENYAKIT CENDAWAN

i. Penyakit cendawan lapukKulat yang menyerang penyakit cendawan lapuk ialah "Ceratocystis Fimbriota".  Pokok getah yang sering diserang penyakit cendawan lapuk ialahKlon PR 107 dan RRIM 600. 


Penyakit cendawan lapuk biasanya menyerang panel torehan pada musim hujan, lebuih-lebih lagi jika keadaan ladang itu bersemak.  Panel torehan akan menjadi lapuk dan terdapat tompok-tompok halus berwarna putih, iaitu ke atas sedikit daripada alur torehan.  Tompok-tompok ini kemudian berubah menjadi kelabu.   Apabila membesar  tompok-tompok ini merupakan aliran yang tidak lurus selari dengan alur torehan.
Spora kulat "Ceratocystis Fimbriota" boleh merebak  dengan cepat dengan diterbangkan oleh angin  dan serangga.  Selain itu, jangkitan penyakit cendawan lapuk juga berlaku melalui perkakas-perkakas menoreh terutama pisau.

ii. Penyakit Calar Hitam


Kulat yang menyerang penyakit calar hitam ialah "Phytophthora Palmirora".  Penyakit calar hitam juga menyerang panel torehan.   Pokok getah yang peka kepada penyakit ini terdiri daripada klon PB 86, PR 107, AVRUS 2037, RRIM 600 dan RRIM 623.

iii.  Nekrosis Panel Torehan.


Kulat yang menyerang nekrosis panel torehan ialah "Fusarium Solani".  Penyakit ini menyerang panel torehan yang baru dibuka dan kadang kala pokok-pokok lama.  Pokok-pokok yang sering diserang penyakit nekrosis panel torehan ialah daripada Klon PB 5/51, PB 28/83, PR 107, RRIM 605, RRIM 612, RRIM 623 DAN RRIM 628. 
Penyakit panel torehan menyerang alur torehan panel yang baru dan pada alur sempadan panel.  Kadang kala penyakit ini menyerang luka-luka pada pancuran.  Luka-luka yang bergaris pusat antara 0.5 hingga 1.5 cm yang berwarna perang tua atau kelabu boleh dilihat pada sepanjang alur torehan dan pada alur sempadan panel torehan.

iv.  Penyakit Cendawan Angin  


Kulat penyakit cendawan angin bernama "Corticium Salmonicolor".  Penyakit cendawan angin biasanya menyerang dahan dan cabang pokok getah yang berumur antara tiga hingga lapan tahun.  Penyakit ini melarat pada musim hujan.  Pokok getah yang sering terdedah kepada ancaman penyakit ini terdiri daripada klon RRIM 501, RRIM 600, RRIM 607, PB 28/59 dan PR 255.

  • 3. PENYAKIT BATANG

  • i. Penyakit Batang Lapuk Ustulina
    Kulat yang menyebabkan penyakit batang lapuk Ustulina ialah "Ustulina Deusta"





    .  Penyakit ini menyerang mana-mana bahagian pokok getah.   Spora kulat Ustulina Deusta yang berterbangan akan menembusi ke dalam batang pokok getah melalui tisu yang terdedah, kelihatan seperti luka-luka atau bekas kesan penyakit-penyakit yang lama.  Selain itu, terdapat juga pokok-pokok yang tercedera disebabkan oleh kilat atau kebakaran sering diserang oleh penyakit ini.
    Lateks yang dirembeskan pada batang pokok getah menunjukkan serangan penyakit ini.  Lateks yang beku pada celah pokok berbau busuk sehingga menyebabkan terdapatnya kepingan-kepingan kerak cendawan berwarna putih kelabu yang menyaluti bahagian yang diserang.  Akhirnya pokok itu bertukar menjadi hitam kelabu.   Batang pokok getah pula akan patah apabila kulat Ustulina Deusta menembusi jauh ke dalam kayu.

    ii.  Penyakit Batang Lapuk Phellinus
    Kulat yang menyerang penyakit batang lapuk phellinus ialah "Phellinus Noxius".  Penyakit batang lapuk phellinus sering menyerang pokok dewasa.  Spora kulatnya menyerang dan menjangkiti bahagian-bahagian batang atau dahan yang luka, terutamanya yang cedera akibat tiupan angin.
    Bahagian yang tercedera itu akan merebak ke dalam batang dan turun kebawah hingga ke pergelangan dan akar.  Kayu pokok getah akan berupa seperti sarang lebah akibat serangan kulat tersebut.


    Sumber Dari:http://yatie101.tripod.com/penyakit.html

    Thursday, 21 January 2016

    Classification Of Rubber


    Botany & Classification of Rubber

    Classification of rubber:

    • Family                :Euphorbiaceace
    • Genus                :Hevea
    • Species              :Brasiliensis
    • No.of species    :>12
    • Other species    :Heavea Guianensis,Hevea Benthamiana
    • Scientific Name :Hevea Brasiliensis
    • Common Name  :Para rubber tree,Pokok Getah
    • Origin                 :South America,Amazon Brazil

    Tuesday, 5 January 2016

    Kaedah Mengatasi Masalah Secara Praktikal(GETAH)



           Getah merupakan salah satu komoditi eksport utama Malaysia sejak beberapa dekad lalu.Industri penanaman getah yang mula diusahakan secara komersil sejak tahun 1902 telah berkembang dengan pesat sehingga menyumbangkan pendapatan eksport yang paling tinggi bagi Malaysia terutama pada tahun 1970-an.Situasi ini telah menempatkan Malaysia sebagai pengeluar getah asil yang utama di dunia selepas Indonesia dan Thailand.