A.Serangan perosak pada peringkat penyediaan anak pokok
Beberapa jenis haiwan perosak dan hama yang sering menyerang poko getah adalh seperti berikut:
- Tikus
Tikus (Rattussp.) merupakan haiwan yang sering menyerang tanaman getah terutama [ada peringkat percambahan biji benih dan penyemaian . Tikus gemar memakan biji-biji benih getah yang sedang bercambah dan akan memakan daun daun anak getah semasa peringkat penyemaian.
- Belalang
belalang merupakan serangga perosak yang sering menyerang tanama getah terutama pada peringkat penyemaian.Belalang ini akan bertindak memakan daun -daun anak pokok getah yang masih muda .Serangga ini bersifat sangat rakus dan akan memakan kesemua daun,termasuk daun tua bahkan tangkainya juga.
- Siput
Siput (achatina fulica) merupakan serangga perosak yang gemar memakan daun tanaman getah dikawasan penyediaan anak pokok .gejala serangga dapat dikenalpasti apabila terdapat banyak daun yang terkoyak .lazimnya,perkebun dapat mengenal pasti lokasi tempat persembunyian siput melalui sisa- sisa daun yang berwarna keperakan dan berkilat.
- Larva Kumbang
Kumbang yang menyerang tanaman getah adalah pada peringkat larva.berikut merupakan larva yang sering menyerang tanaman getah seperti spesies kumbang Helotrichia serrata,Helotrichia fessa,Anomala varians,Leucopholis sp.,Exopholis sp.,dan Lepidiota sp. Larva ini terbentuk melingkar seperti huruf 'C' dan berwarna putih sehingga kuning pucat. ia bertindak ganas dan boleh menyebabkan kerugian besar kepada para pekebun jika tidak dikendalikan dengan baik.Larva ini kerap memakan bahagian pokok getah yang berada di dalam tanah seperti akar anak pokok getah yang masih muda.
Sumber:Buku Panduan Lengkap Tanaman Getah(M/s 132,Bab 8)
No comments:
Post a Comment